Kenyataan Setiausaha Luar Filipina Bahawa Sabah Bukan Milik Malaysia Cetus Kontroversi

Setiausaha Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr baru-baru ini telah membuat kenyataan mengatakan Sabah bukanlah sebahagian daripada Malaysia sekiranya ingin berurusan dengan Filipina.

Kenyataan itu merupakan maklum balas ke atas perkongsian Twitter Kedutaan Amerika Syarikat di Filipina berkenaan sumbangan 500 kit kebersihan diri kepada rakyat Filipina yang dihantar pulang dari Sabah. Mereka dihantar pulang semula ke Zamboanga City dan Bongao di Tawi Tawi.

Sehubungan itu, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin telah membidas kenyataan Setiausaha Luar Filipina itu dan mengatakan kenyataan tersebut bersifat tidak bertanggungjawab serta boleh menjejaskan hubungan dua hala antara negara.

Advertisement

Hishamudin turut mengarahkan Wisma Putra untuk memanggil Duta Filipina ke Malaysia, Charles C. Jose pada Isnin ini bagi mendapatkan penjelasan.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian rakyat Malaysia dan Filipina. Ramai yang bersetuju dengan tindakan Hishammuddin memanggil duta Filipina untuk menyelesaikan isu ini dan tidak kurang juga yang mempertahankan kenyataan setiausaha luar Filipina itu.

Sumber (1)(2)

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments