Kepala Hampir Terkena Platform Punca Pandalela Hilang Fokus

pandalela rinong olimpik tokyo 2020

Sebentar tadi, acara 10 meter platform individu wanita telah berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo dengan wakil dari Malaysia iaitu Pandalela Rinong dan Cheong Jun Hoong.

Pandalela telah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dengan kutipan 284.90 mata sekaligus berada kedudukan 18 terbaik.

Walau bagaimanapun, terdapat satu insiden yang cukup menggerunkan penonton apabila melihat Pandalela membuat terjunan pada pusingan keempat.

Advertisement

Kepala hampir terkena platform 

Kalau anda perasan, pada lompatan tersebut Pandalela mendapat markah terendah iaitu 28.80 mata. Hal ini kerana, didapati kepalanya hampir terkena platform yang menyebabkan dia tidak dapat membuat terjunan yang sempurna.

Menerusi laporan Harian Metro, perkara itu dikongsikan oleh Setiausaha Kehormat Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Mae Chan yang menyaksikan atlet terjun itu hampir terlepas ke pusingan seterusnya kerana rambutnya terkena platform.

“Lela pada terjunan keempat sangat dekat dengan platform menyebabkannya hilang fokus”

Walupun melihat Pandalela tenang, namun atlet berkenaan cukup gelisah sebelum berjaya mengawal perasaan dan tetap fokus untuk terjunan kelima.

Pujian harus tetap diberikan kerana Pandalela berjaya bangkit pada terjunan kelima selepas berdepan dengan persaingan sengit dengan atlet lain.

Dalam pada itu, rakan sepasukannya Cheong Jun Hoong tidak berjaya ke pusingan seterusnya apabila menduduki kedudukan 26 daripada 30 peserta yang bertanding.

“Jun Hoong tidak mempamerkan prestasinya yang sebenar pada ketika itu sekaligus tidak berjaya untuk ke pusingan seterusnya”. – Mae Chan

China menduduki kedudukan teratas

Bagi sesi kelayakan ini, atlet dari China, Yuxi Chen dan Hongchan Quan menduduki tempat teratas dengan masing-masing mengutip 390.70 dan 364.45 mata diikuti dengan atlet dari Amerika Syarikat, Delaney Schnell dengan kutipan mata sebanyak 360.75.

Sehubungan itu, pemenang pingat gangsa Olimpik London 2012 itu akan meneruskan cabaran di peringkat separuh akhir pada esok pagi.

Semoga Pandalela dapat melayakkan diri ke peringkat akhir sekaligus dapat membawa pingat untuk Malaysia.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERHarian Metro

Comments