Keputusan Rasmi: Surat Mansuh Aliran Sains, Sastera 2020 Diedarkan Ke Sekolah

Sebelum ini kita dengar khabar angin mengatakan Kementerian Pendidikan(KPM) melaporkan pelajar tingkatan empat tahun 2020 tidak lagi dibahagikan atau dibezakan mengikut aliran sastera dan sains, tetapi mereka akan dibenarkan memilih subjek mengikut minat mereka.

Kini berita itu menjadi kenyataan buat semua pelajar tingkatan 4, kerana tiada lagi aliran sastera atau sains mulai tahun 2020 yang telah disahkan oleh KPM dan akan dimansuhkan.

aliran sains

Aliran di sekolah akan digantikan dengan beberapa subjek dan elektif menurut Timbalan Menteri KPM, Teo Nie Ching.

Advertisement

Timbalan Menteri pendidikan

KPM sudah menghantar surat kepada sekolah menengah di seluruh negara menjelaskan pemansuhan aliran sastera dan sains bagi pelajar tingkatan empat.

Pelajar tingkatan empat digalakkan mengambil beberapa subjek tertentu bagi pakej bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

pelajar tingkatan 4

Pakej berbeza ditawarkan untuk aliran sains, sastera dan kemanusiaan, selain pelajar boleh mengambil lima subjek elektif mengikut pilihan dan minat masing-masing.

Pemansuhan aliran sastera dan sains perlu dilaksanakan mengikut keupayaan atau pertimbangan setiap sekolah.

Kita tak cakap semua sekolah untuk hentikan dua aliran ini, tetapi menggalakkan mereka menjelaskan bahawa kita mempunyai pelbagai pakej.

Bukan itu sahaja, kaunselor memainkan peranan peranan penting untuk membimbing pelajar tentukan hala tuju dalam membuat pilihan.

Apakah pandangan anda semua tentang isu ini? Kongsikan dengan kami di bahagian komen.

 

Comments

comments