Kerajaan Arab Saudi Haramkan Selfie Di Masjidil Haram dan Masjid Al-Nabawi

Pada 12 November lalu, Kementerian Luar Negara Arab Saudi telah mengharamkan para jemaah haji berswafoto dan mengambil Masjidil Haram dan Masjid Al-Nabawi.

Pihak Arab Saudi menjelaskan tindakan tersebut untuk memastikan para jemaah dapat menjalankan ibadah dengan selesa dan lancar tanpa sebarang gangguan dari aktiviti tersebut. Ia juga dilaksanakan bagi menjaga keselamatan keseluruhan di Tanah Suci.

Tindakan ini dilaksanakan kerana Kerajaan Arab Saudi mendapati jemaah sibuk bergambar dan berselfie di samping memuat naik gambar di laman sosial seolah-olah Tanah Suci merupakan pusat pelancongan sekaligus mampu menyimpang daripada niat sebenar, iaitu menunaikan ibadah.

Advertisement

Pengawal keselamatan turut diberi kuasa untuk merampas kamera dan telefon para jemaah seandainya didapati mengambil gambar.

Comments