Kerajaan Benarkan Aktiviti Bazar Ramadan, Solat Tarawih Dan Sambutan Aidilfitri

Semoga terus ada sinar untuk kita semua rakyat Malaysia tahun ini. Rasa bersyukur bila kes Covid-19 terus menunjukkan penurunan dan pihak kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan pembukaan bazar Ramadan dan Aidilfitri untuk tahun ini.

Solat tarawih di surau dan masjid juga mendapat kebenaran selepas kerajaan mengadakan perbincangan bersama KKM.

“Selepas berbincang dan mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta ahli majlis mesyuarat yang lain, maka mesyuarat jawatankuasa teknikal bersetuju membenarkan operasi pasar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negara”.

“Kita juga bersetuju membenarkan solat tarawih serta tadarus al-Quran dan tazkirah. Namun prosedur operasi standard (SOP) bagi semua aktiviti ini perlu ketat serta dipatuhi semua pihak”. – Kata Datuk Seri Ismail.

Bazar Ramadan dibenarkan beroperasi pada 3 petang hingga 8 malam, manakala bazar Aidilfitri pada 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Berita baik ini pastinya memberikan sedikit kelegaan kepada kita semua. Apapun kita masih tetap perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan, jangan leka dengan kelonggaran yang diberikan.

Advertisement

Sumber

Comments