Kerajaan Jepun Kini Menawarkan Rumah Terbiar Ini Secara Percuma

jepun rumah percuma

Pasti ada di antara anda yang mungkin teringin untuk menetap di negara Jepun. Dengan budaya serta teknologi mereka yang sering menjadi buah mulut satu dunia, ramai orang termasuk rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara tersebut.

Berita baik untuk mereka yang ada niat untuk berpindah ke Jepun.

Oleh kerana kerajaan Jepun kini sedang mengalami krisis rumah unik ataupun tradisional, mereka kini menawarkan rumah yang dahulunya berharga lebih kurang 30 Juta Yen (RM 1,139,519) dengan percuma. Anda hanya perlu membayar cukai dan juga komisen agen.

rumah jepun percuma

Ini semua disebabkan oleh populasi rakyat Jepun yang tergolong dari golongan yang kian meningkat usia, golongan muda lebih menumpukan minat mereka terhadap rumah yang lebih moden. Kebanyakan rakyat Jepun yang lebih lanjut usia, akan berpindah ke rumah orang tua atas faktor kesihatan dan lain-lain.

Advertisement

Ada juga yang beranggapan bahawa faktor-faktor mistik, tragedi seperti bunuh diri dan lain-lain mendorong mereka ini untuk tidak terus menetap di rumah.

Jika di Malaysia, tawaran yang sungguh memukau ini pasti membuatkan rakyat sanggup beratur panjang, berusaha agar permohonan mereka untuk mendapatkan rumah diluluskan.

skim akiya jepun

Walaubagaimanapun, hal ini tidak terjadi kepada masyarakat di Jepun. Rata-ratanya langsung tidak tertarik dengan tawaran tersebut.

Bukan sahaja ia terletak di luar bandar, rumah yang mempunyai ‘sejarah buruk’, membuatkan orang Jepun tidak mahu membeli atau menyewanya.

Mereka mempunyai kepercayaan tahyul sekiranya ada berlaku kematian seperti kes bunuh diri, pembunuhan mahupun ‘Kodokushi’ di mana rakyat Jepun mati seorang diri dan mayatnya hanya ditemui setelah sekian lama, rumah-rumah tersebut akan dianggap sebagai ‘pembawa malang’.

Selain daripada itu, ada rakyat yang bimbang sekiranya pemilik asal rumah tersebut akan muncul pada suatu hari untuk menuntut pemilikan rumah berkenaan dan hal ini pastinya akan menimbulkan kesulitan pada masa hadapan.

Menurut sesetengah pihak, membeli rumah ‘Akiya’ iaitu rumah yang ditinggalkan kosong dianggap ‘kegagalan sosial mutlak’. Namun, harga rumah di bandar besar seperti Tokyo semakin tinggi melambung untuk kediaman baharu. Mugkin rumah lama ini satu pilihan yang patut dipertimbangkan.

Sumber Berita : Vice

Comments

comments