Kerajaan Kini Mempertimbangkan Pengisytiharan Darurat Untuk Membendung COVID-19

Terkini, beberapa sumber termasuk The Star menyatakan bahawa ada kemungkinan bahawa kerajaan bakal mengisytiharkan darurat untuk membendung pandemik COVID-19 yang telah meningat dengan mendadak.

Buat masa kini, tiada maklumat yang pasti tetapi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassins dikatakan bakal menghadap YDP Agong sebentar lagi.

Ini susulan mesyuarat kabinet yang diadakan awal hari ini. Selain itu, satu mesyuarat MKN bakal diadakan hari ini untuk membincangkan langkah-langkah drastik berkenaan pandemik COVID-19.

Untuk makluman anda, andainya diisytiharkan darurat, parlimen akan digantung sementara dan mana-mana pilihanraya akan ditangguhkan.

Ura-ura mengatakan bahawa YB Dato Seri Hishamuddin bakal dilantik sebagai DPM. Sama-sama kita nantikan jam 4 petang nanti.

Comments