Kerajaan Negeri Boleh Beli Bekalan COVID-19 – Khairy Jamaluddin

COVID-19

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, memberi maklum balas positif kepada kerajaan negeri yang berhasrat membeli sendiri bekalan COVID-19.

Beliau berkata, kerajaan negeri Selangor dan Sarawak yang membuat permohonan itu, boleh berbuat demikian dengan syarat vaksin yang ingin dibeli mesti berdaftar dengan Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA).

VACCINE COVID19

“Bagi kerajaan negeri Sarawak, saya mengadakan beberapa sesi libat urus dengan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Unggah Embas dan memaklumkan bahawa bekalan vaksin Kerajaan Persekutuan mencukupi untuk menampung keperluan pelaksanaan.

“Beliau memohon untuk kerajaan negeri membeli vaksin. Saya memberi respon positif dengan syarat vaksin yang ingin dibeli oleh kerajaan negeri Sarawak mesti berdaftar di bawah NPRA terlebih dahulu”

Advertisement

“Ia memandangkan jenis vaksin yang dikehendaki oleh kerajaan negeri Sarawak masih dalam proses penilaian oleh NPRA”

Khairy turut menafikan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa kerajaan negeri Selangor menunggu berbulan lamanya untuk kelulusan mendapatkan dua juta dos bagi rakyat Selangor.

“Ini tidak benar. Dalam perbincangan saya dengan Menteri Besar Selangor, beliau ada sebut secara lisan perancangan Selangor untuk membeli vaksin”

“Saya memberi respon positif, namun sehingga kini saya belum menerima apa-apa permohonan rasmi daripada pihak kerajaan negeri,” katanya.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, turut menyatakan kesediaan disoal, dikritik dan disiasat berhubung perolehan vaksin serta segala yang berkaitan dengannya.

Beliau menyatakan keterbukaan itu susulan kenyataan Anwar yang menuntut supaya siasatan bebas dibuat berhubung PICK dan perolehan vaksin.

Khairy berkata, beberapa kontrak pembelian vaksin bersama jadual penghantaran dan harganya sudah didedahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen pada 5 Januari lalu.

PICK dilaksanakan mengikut fasa yang diumumkan sejak 14 Februari lalu. Perancangan PICK dibuat dengan mengambil kira jadual penghantaran vaksin yang diberi oleh syarikat pembekal vaksin.

“Jadual ini diumumkan sebelum ini. Saya sudah jelaskan mengikut unjuran kerajaan, bekalan vaksin kita akan mula ampuh bermula Jun”

Ini juga mengikut perancangan PICK yang mana vaksinasi massa fasa tiga dijadualkan bermula Jun ini.

SUMBER

Comments

comments