Kerajaan Putuskan Tamatkan Darurat 1 Ogos Ini

persidangan parlimen

Kerajaan telah memutuskan untuk tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila ia tamat pada 1 Ogos ini.

Menerusi laporan Sinar Harian, perkara tersebut dimaklumkan oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) di Dewan Rakyat.

parlimen bersidang
Sumber : Utusan Malaysia

Tambahnya, enam ordinan darurat yang dibuat sebelum ini berdasarkan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan juga telah dibatalkan berkuat kuasa 21 Julai lalu.

“Hari ini saya ingin mengesahkan bahawa kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila tamat 1 Ogos 2021”

Terdahulu dalam satu kenyataan, Istana Negara memaklumkan pada 12 Januari lalu bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan Proklamasi Darurat sehingga 1 Ogos untuk langkah membendung wabak Covid-19.

Advertisement

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menjelaskan dalam pengumuman khas darurat bahawa Jemaah Menteri telah menasihati Seri Paduka Baginda mengeluarkan proklamasi darurat bagi seluruh negara menurut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan, berkuatkuasa 11 Januari hingga 1 Ogos 2021.

Sumber

SUMBERSinar Harian

Comments