Kerajaan Seru Keluarga Yakinkan Individu Yang Fobia Jarum Dapatkan Vaksin

Memandangkan agihan vaksin sedang berjalan mengikjut fasa, bagi ahli keluarga atau mereka yang rapat dengan penerima vaksin disarankan menenangkan individu yang fobia terhadap jarum suntikan (trypanophobia) dan meyakinkan mereka perlunya disuntik vaksin COVID-19.

Ujar Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Unit Kesihatan Mental, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Nurashikin Ibrahim, berkata ketakutan yang dialami seseorang individu termasuk mereka yang mempunyai trypanophobia adalah ekstrim.

Beliau menyifatkan setiap individu mempunyai ketakutan atau fobia terhadap objek atau keadaan tertentu.

Justeru, katanya, bagi meredakan ketakutan dialami individu terbabit, adalah perlu untuk ahli keluarga meyakinkan mereka bahawa suntikan vaksin itu adalah antara langkah pencegahan dan membina satu perlindungan kelompok daripada wabak seperti COVID-19.

“Saya rasa ahli keluarga yang tahu seseorang itu takut kepada jarum perlu hadir ketika penerima mendapatkan suntikan vaksin.

“Perkara pertama ialah seseorang itu perlu ada keyakinan (terhadap kepentingan melalui proses pengambilan vaksin).

Advertisement

“Mungkin ketika berdepan ketakutan jarum tu, saya tak boleh kata ‘jangan takut’. Memang dia takut tetapi ketakutan ini kalau kita boleh kita bantu dia, bawa dia, pegang tangan dia ketika disuntik. Kita boleh berikan keyakinan dan bantu memberi sokongan dengan tunjukkan benda baik sahaja,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama BH dan TV3, hari ini.

vaksin

Dr Nurashikin berkata, sememangnya satu cabaran yang perlu diatasi untuk menenangkan mereka yang menghadapi ketakutan dengan jarum suntikan. Ada tu sampai menangis!

Katanya, antara cara yang boleh dilakukan termasuk memimpin mereka seperti kanak-kanak dan meminta individu terbabit memejam mata serta berpaling ke arah lain supaya mereka tidak melihat jarum atau proses pelalian dilakukan.

jarum suntikan

Sementara itu, berbicara ketakutan orang awam yang dikongsikan dengan KKM, Dr Nurashikin berkata, pada permulaan wabak COVID-19 melanda negara, pihaknya menerima panggilan daripada individu dengan masalah komorbiditi yang bimbang akan terkesan atau dijangkiti COVID-19.

Katanya, ada yang takut untuk ke hospital atau fasiliti kesihatan kerana bimbang mereka mudah dijangkiti, terutama apabila melihat ada kes kematian berkaitan COVID-19 membabitkan individu yang menghidap diabetes, hipertensi atau mereka yang mempunyai imuniti rendah.

 

“Ketika itu, mereka takut untuk ke hospital kerana takut dijangkiti. Kini panggilan yang diterima adalah membabitkan kerisauan mereka yang mempunyai komorbiditi jika tidak boleh menerima vaksin COVID-19.

“Justeru, kalau ada sesiapa yang belum memuat turun aplikasi MySejahtera, segeralah berbuat demikian dan mendaftar untuk menjadi penerima vaksin.

“Ada juga beberapa cara lain untuk mendapatkan maklumat, terutama membabitkan warga emas termasuk dengan bertanya mengenainya di Klinik Kesihatan atau menghantar e-mel kepada KKM,” katanya.

Apa yang penting, katanya, setiap penduduk di negara ini perlu mendaftar terlebih dahulu bagi mendapat maklumat yang tepat dan sahih mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

SUMBER

Comments

comments