Kerajaan Setuju Beri Dos Ketiga Vaksin

Vaksin

Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan bahawa kita semua perlu mengambil dos ketiga vaksin kan? Untuk makluman, kerajaan telah bersetuju melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.

Menurut laporan Berita Harian, keutamaan akan diberikan terlebih dahulu kepada kumpulan yang berisiko tinggi dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Suntik air bukan vaksin
Kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapatkan suntikan ‘booster’ itu meliputi anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, warga emas dengan komorbiditi, serta individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang.

“Suntikan dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam  kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.”

Apa pandangan korang? Semoga usaha ini dapat mengurangkan risiko semua orang daripada dijangkiti wabak dan menjadikan kehidupan kita macam sebelum-sebelum ini.

Advertisement

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERBerita Harian

Comments