Kerajaan Setuju Beri Pengecualian Bayaran Ujian Saringan COVID-19 Untuk Tiga Kategori Ini

ujian saringan covid-19

Pengecualian bayaran ujian saringan COVID-19 akan diberikan kepada tiga kategori kalangan rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara. Tiga kategori tersebut adalah Orang Kelainan Upaya (OKU), pegawai kerajaan yang kembali dari luar negara atas tugasan rasmi dan pelajar Malaysia pulang dari luar negara pertama kali.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memberitahu mereka yang tidak termasuk dalam senarai tiga kategori berkenaan perlu membayar sendiri kos saringan COVID-19 bermula semalam.

“Kini, rakyat Malaysia dan warga asing yang pulang ke Malaysia perlu tanggung kos ujian saringan COVID-19 setiba di pintu masuk negara.”

ujian saringan

Namun, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan pagi ini telah membuat keputusan untuk beri pengecualian kepada tiga kategori dari membayar kos saringan COVID-19. Untuk kategori yang pertama, mereka perlulah mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Advertisement

Kedua, adalah untuk pegawai kerajaan yang kembali daripada luar negara disebabkan tugasan rasmi. Manakala yang ketiga adalah golongan pelajar yang pulang dari luar negara buat pertama kali dan perlu kemukakan bukti pengajian.

Mesyuarat Khas Menteri- Menteri juga berkata pembayaran yang baru saja dilakukan oleh tiga kategori ini boleh dituntut semula memandangkan keputusan ini baru saja dilakukan semalam. Tiga kategori ini boleh menuntut semula caj mereka daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments