Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Khas Bagi Memastikan Vaksin Covid-19 Diperoleh Segera

Kabinet kini difahamkan telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 bagi memastikan ia dapat diperoleh pada kadar segera.

Menurut Khairy Jamaluddin selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, jawatankuasa itu akan diketuai secara bersama oleh beliau dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Keputusan penubuhan jawatankuasa khas ini adalah penting bagi memastikan persediaan awal yang rapi dibuat sebelum bekalan vaksin diterima untuk kegunaan seluruh rakyat Malaysia,”

Katanya lagi, pihaknya akan menyediakan rangka kerja dan pelan perolehan serta pengagihan vaksin COVID-19 apabila ia diluluskan untuk kegunaan di Malaysia.

Advertisement

Dalam pada itu, pihaknya juga tampil memaklumkan bagi memudahkan cara serta mempercepat pelaksanaan tugasan tersebut, beberapa jawatankuasa kecil dengan skop tugas tertentu akan turut dibentuk merentasi pelbagai kementerian dan agensi.

Skop tugasan itu termasuklah pemilihan vaksin, komunikasi, pendaftaran dan kelulusan, memudah cara perdagangan, kewangan, penstoran, logistik dan pengangkutan serta pengagihan vaksin.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, vaksin COVID-19 dari China mungkin digunakan di negara menjelang akhir tahun ini dan pihak negara tersebut juga khabarnya bersetuju mengutamakan Malaysia.

Sumber : Astro Awani

Comments

comments