Kerana Asap Rokok Bayi 2 Bulan Muntah Darah

1879

Kerana asap rokok seorang bayi 2 bulan yang baru mengenali dunia diduga jangkitan kuman yang menyebabkan hati dan limpa membengkak akibat daripada mereka yang merokok di kawasan terbuka.

Perkongsian daripada ibu kepada bayi ini membuka mata semua orang bahawa bahayanya asap rokok. Puan Norzy Geen berkongsi tentang keadaan anaknya yang bernama Delisya berusia 2 bulan 15 hari mengalami jangkitan kuman pada paru-paru teruk angkara asap rokok dan udara persekitaran yang tidak sihat.

Ibu ini memaklumakan yang anaknya pada mulanya menunjukkan symptom muntah darah sebelum dibawa ke hospital.

Setelah di x-ray, ultrasound dan membuat pelbagai kaedah perubatan lain, doktor telah mengesahkan bayi tersebut menghidapi jangkitan kuman paru-paru sangat teruk sejak 3 minggu lalu.

Kesan daripada itu, bayi tersebut menderita membuang air besar 20 kali sehari.

Hari ini adalah hari ke-5 Norzy dan anaknya Delisya dirawat di Hospital Shah Alam malah masih mengharapkan keajaiban berlaku.

Hati ibu mana tidak meruntun bila melihat anaknya dalam keadaan lemah malah organ dalaman anaknya bengkak termasuk hati, limpa hinggalah ke bahagian usus.

Adik sakit ye. Ibu faham, tangan pun dah habis lebam sebab masuk jarum, masuk air, antibiotik tak putus-putus.

Esok sepatutnya hari besar saya untuk konvo tamat belajar. Tapi apakah daya perancangan Allah lagi terbaik. Allah uji dengan sedikit ujian untuk dekatkan lagi diri padanya.

Kepada para perokok di luar sana, hormati orang yang sekeliling yang tidak merokok. Sekarang anda boleh melihat sendiri penderitaan seorang bayi yang masih kecil di hospital.

Semoga anak kecil ini cepat sembuh dan ibunya sabar menghadapi segala dugaan yang melanda.

Comments

comments