Kerana Botak Licin, Imigresen Terpaksa Guna Cover Hitam Untuk Ambil Gambar

Betulah cakap orang, siapa yang kepalanya botak akan kelihatan silau dek pancaran cahaya. Zaman sekarang ramai lelaki memilih fesyen rambut botak untuk kelihatan tampan dan nampak berani dengan fesyen terbaru seperti ini.

Walaupun  pada satu ketika dahulu ia bukanlah satu fesyen yang digemari ramai, kini ia menjadi ikutan orang ramai untuk kaum lelaki di Malaysia.

Tular kisah seorang lelaki yang memilih fesyen botak licin dalam sebuah video yang dikongsikan oleh kawannya semasa beliau sedang mengambil gambar untuk pasport di Imigresen UTC Melaka.

Kawannya, Nazirul merakam gelagat sahabatnya yang sedang bersiap sedia untuk diambil gambar oleh pegawai imigresen untuk pasportnya ketika. Tetapi apa yang mengejutkan beliau pihak imigresen mengambil panel hitam dan dipegang diatas kepalanya.

Advertisement

Ini kerana kepalanya yang botak dan licin akan menyebabkan ia menggangu pencahayaan semasa mengambil gambar passport.

Oleh kerana itu, pegawai imigresen telah menggunakan satu lagi panel hitam bagi menghalang cahaya daripada mellimpah keluar bagi memastikan gambar yang terhasil kelihatan kacak dan juga elok.

Video ini telah mendapat lebih dari 150,000 tontonan dan 2,000 perkongsian. Rata-rata pengguna Facebook pasti gelak melihat video 13 saat ini.

Rata-rata dari mereka juga banyak yang tag kawan-kawan mereka yang botak dalam video ini.



Jadi jangan lupa tag kawan-kawan anda untuk fikir dahulu sebelum memotong rambut botak.

 

Sumber: Facebook

Comments