Kerana Drama Slot Samarinda ‘Nur’, Sup Bunjut Kini Menjadi Viral

107

Disebabkan satu adegan dalam drama yang ditayangkan di slot Samarinda iaitu ‘Nur’ malam tadi, sup bunjut kini menjadi viral. Adegan yang mencuit hati itu menunjukkan watak yang dilakonkan oleh Nur Khiriah curiga dengan satu ‘barang’yang dimasukkan dalam makanan yang dimasak oleh adik iparnya lakonan Amyra Rosli dan dihidangkan kepada keluarga mereka termasuk ibu dan ayahnya.

Namun apabila ‘barang’ itu diseluk dalam sup, ia sebenarnya sup bunjut!



Adegan itu boleh ditonton di bawah:


Adegan itu mendapat perhatian Netizen yang menyifatkannya kelakar. Ia menjadi topik yang hangat diperkatakan di media sosial.

Ramai mengatakan drama Nur ialah satu pembaharuan yang segar dalam industri drama tempatan yang sudah sekian lama dimomokkan dengan kisah kahwin paksa dan kisah cinta jutawan.

Semoga drama ini membuka mata banyak pihak bahawa jalan cerita yang lari dari kebiasaan juga boleh mendapat sambutan hebat asalkan karyanya berkualiti. – amazingnara.com

Comments

comments