Kerana Malu Anak Hidap HIV, Ibu Bapa Sanggup Kurung Dalam Bilik Kedap Udara

978

Kerana stigma yang negatif daripada masyarakat seperti menghina, mendiskriminasi, dan meminggirkan pesakit menjadi satu-satunya penghalang kepada usaha pencegahan HIV dan AIDS.

Akibat stigma ini, seorang remaja 16 tahun meninggal dunia 15 tahun lalu akibat HIV. Kisah menyayat hati ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter baru-baru ini.

Menurut beliau, disebabkan stigma masyarakat, kebanyakkan pesakit HIV biasanya akan dipinggirkan dan dicemuh.

Oleh sebab itu kemungkinan ibu bapa kepada remaja ini bertindak mengurung anaknya sejurus mereka tahu anaknya dijangkiti HIV.

Menurut cerita dari sebuah blog, dari kiriman email remaja ini 15 tahun lalu kepada salah seorang perkerja sosial Najmi, iaitu Puan S.

Batuk lebih dari sebulan

Saya rasa saya ada HIV sebab sudah sebulan demam batuk tidak baik-baik… sebulan saya tidak bersekolah. Mak saya diam sahaja, akak cakaplah apa saya nak buat… Saya nak nafas pun tak boleh. Akak tolonglah jawab email saya.

Akak saya sangat takut. Kalau saya ada HIV, mati saya kalau mak ayah tahu.

Selepas 5 hari remaja ini membalas email kembali

Salam akak, saya di Lot …., Jalan sek 3, Jalan …… Rumah saya warna kuning dekat sekolah agama dan tadika ….. Akak tolong cari saya… saya tak nak mati… saya nak baju raya warna ungu akak… datang sini.

Remaja ini dikurung dalam bilik kedap udara

Berkat usaha puan S dan seorang doktor, mereka berjaya mengesan kedudukan rumah remaja ini dan berusaha untuk membawanya ke hospital kerana keadaannya yang sangat lemah akibat dikurung dalam bilik kedap udara.

ambulan tiba

Setibanya ambulan di rumah remaja itu, ibunya memaki hamun jururawat kerana ingin membawanya ke hospital. Apa yang cukup mengejutkan apabila si ibu menyerahkan segalanya kepada doktor.

“Kalau boleh pendekkan nyawa anak dia, dia redha sebab anaknya itu membawa bala kepadanya.”

Kerana keperihatinan mereka, remaja ini berjaya dapatkan rawatan di hospital. Puan S juga mengotakan janji kepada remaja itu untuk membelikan baju Melayu berwarna ungu disarungkan pada hari raya pertama.
baju Melayu warna unggu

Malangnya, keadaan remaja ini semakin teruk hingga tak sedarkan diri. Dia dipindahkan ke CCU selepas tekanan darahnya semakin rendah, buah pinggang gagal berfungsi dan hatinya dijangkiti TB.

Nurse kata tak ada ibu bapa atau ahli keluarga pun yang datang tengok dia. Saya boleh tengok dari tingkap je, memang nampak muka dia kuning.

Namun, pada hari raya ketiga, remaja ini meninggal dunia akibat komplikasi AIDS pada usia 16 tahun.

Dalam blog ini, penulis tersebut mengharapkan agar ibu bapa remaja dapat memaafkan segala kesalahan remaja ini yang pernah dilakukan kepada mereka.

Semoga perkongsian hari ini dapat membuka mata kita semua bahawa pesakit HIV dan AIDS perlukan bantuan kita untuk mendapatkan rawatan awal.

 

Sumber: Twitter, Blog

 

Comments

comments