Kereta BMW Putih Kes Pembunuhan Di Stesen Minyak JB Dijumpai

115

Polis di Johor telah berjaya menemui kereta BMW putih yang telah digunakan pada kejadian kes bunuh lelaki 44 tahun di stesen minyak Johor Baru baru-baru ini.

Ketua polis Johor, Datuk Mohd Khalil memberitahu kenderaan itu telah ditinggalkan terbiar di sebuah ladang kelapa sawit di Air Baloi, Pontian oleh suspek sejurus selepas kejadian 17 Disember itu.

Kereta itu telah jumpai di dalam keadaan tanpa nombor plat pendaftaran.

Kereta yang dianggap salah satu senjata yang digunakan di dalam insiden tersebut telah di jumpai orang awam pada pukul 3 petang 26 haribulan lepas.

Menurut Mohd Khalil lagi, pihak polis telah melepaskan 4 daripada 15 orang suspek yang ditahan untuk membantu siasatan.

Menurutnya lagi, mereka masih mencari lagi 3 orang suspek utama bagi menyelesaikan kes tersebut.

Kes ini mendapat banyak perhatian umum apabila sebuah klip video telah dimuat turunkan di laman media online di mana seorang lelaki ditikam dan digilis dengan kejam oleh kenderaan BMW putih.

Pihak polis mengesahkan lelaki tersebut mati akibat daripada kecederaan tikaman.

Comments

comments