Kereta Depan Brek Mengejut, Adakah Kereta Di Belakang Tetap Bersalah Kalau Ikut Undang-Undang?

Hampir setiap hari, ada saja kemalangan jalan raya yang berlaku di negara kita. Bukan tu jer, ada juga kemalangan yang disengajakan. Dengar macam pelik kan? Tapi ianya benar dan banyak kali berlaku di negara yang pasti korang pun tahu negara apa.

Demi nak dapatkan insurans dengan mudah, mereka ini sanggup sengajakan kemalangan. Salah satu teknik mereka adalah dengan brek secara mengejut di hadapan sebuah kereta lain supaya berlanggar dengannya.

Sebab apa mereka buat macam tu? Kebiasaannya, apabila dua buah kereta mengalami kemalangan, kereta belakang akan dipersalahkan dan mereka akan dapat insuran si pesalah, walhal dia yang punca. Jadi persoalannya, adakah undang-undang di Malaysia mengatakan bahawa orang belakang yang salah apabila berlanggar dengan kereta di hadapan?

Jawapannya adalah bukan ya dan bukan tidak, tengok pada keadaan. Tak semestinya bila sesuatu kemalangan terjadi jer, kereta belakang yang akan dipersalahkan. So, apa yang boleh membuktikan? Kan ada dashcam. Nampak tak betapa pentingnya dashcam zaman sekarang, tambah lagi bila terjadinya situasi macam ini.

Advertisement

Kita ini kalau boleh bukan main nak lari dari kemalangan, tapi tidak bagi individu tersebut. Jadi, berhati-hatilah ketika memandu dan cepat-cepat pasang dashcam tu, kah!

Sumber

Comments

comments