Kereta Elektrik 1,322 Kuasa Kuda Yang Dibangunkan Oleh Pengeluar Kereta Taiwan

131

Pengeluar kereta Taiwan, Xing Mobility baru-baru dilaporkan sedang giat membangunkan projek baru yang diberi nama “Miss R”.

Meskipun hanya informasi yang terhad mengenai pembangunan kereta itu dipaparkan pada laman media rasmi mereka, sumber dalam ada menyatakan projek mereka adalah untuk membangunkan kereta elektrik pertama yang mempunyai keupayaan untuk beraksi di litar dan jalan luar (off road).

Informasi pada laman mereka juga menyatakan bahawa kereta itu akan menampilkan teknologi “bateri yang disejukkan cecair”, dimana ianya dapat membekalkan kuasa kepada 4 motor berketumpatan tinggi dengan kekuatan sebanyak 1 megawatt. – atau pun bersamaan 1,322 kuasa kuda.

Bagimanapun pihak syarikat menegaskan bahawa informasi yang tertera hanyalah satu anggaran yang masih belum pasti.

Apa yang paling meragukan banyak pihak di sini adlaah keinginan Xing untuk membuat kereta sesuai bagi kegunaan di litar dan off road. Terdapat juga video yang menunjukkan Miss R akan datang dengan spesifikasi tayar Rali Dakar bagi kegunaan off road, dan juga tayar jalan rali keluaran Michelin bagi digunakan di litar rali.

Setakat ini hanya ada banyak spekulasi yang menyatakan sama ada kereta ini betul-betul dapat direalisasikan atau tidak. Tapi jika ianya betul-betul dapat direalisasikan, Miss R mungkin akan menjadi sebuah kenderaan yang lain dari yang lain.

Comments

comments