Kereta Rosak Selepas Isi Minyak Di Petronas

234

Sebanyak 30 buah kenderaan rosak selepas mengisi minyak di Stesen Petronas Solaris Besraya, Serdang awal pagi tadi.

Kerosakkan dipercayai berlaku akibat campuran diesel dan air yang didakwa memasuki tangki simpanan petrol di stesen minyak itu.

Pihak syarikat mengambil tindakan pantas dalam menyelesaikan hal ini dengan memberi bantuan menunda kenderaan yang rosak.

petronas
PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) mengambil serius insiden yang berlaku dan memohon maaf kepada semua pelanggan yang terlibat. Pihak syarikat juga telah menghubungi para pelanggan yang terlibat bagi menyelesaikan masalah ini dan akan membayar pampasan kepada mereka.

Siasatan awal mendapati kecuaian dalam sistem pengendalian produk dan ini hanya berlaku di stesen berkenaan. Stesen itu juga ditutup buat sementara waktu bagi meneruskan penyiasatan yang terperinci. Pihak syarikat juga memberi jaminan kepada para pelanggan bahawa stesen minyak yang lain tidak terjejas dengan insiden ini dan orang ramai tidak perlu bimbang. -Amazingnara.com

 

 

 

 

 

Sumber Berita: Petronas Dagang Berhad 

Comments

comments