Kes Bunuh, Rakan Baik Sempat Larikan Wang & Alat Solek Selepas Bergelut Dengan Mangsa

Polis menahan seorang remaja wanit bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh Siti Nur Surya di rumah keluarganya di Kampung Lubuk Batu, Telemong, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daut, suspek yang juga kenalan mangsa ditahan selepas beliau hadir bersama ibunya ke Balai Polis Hulu Terengganu.

Dedahnya lagi, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dikatakan bertandang ke rumah mangsa dengan menaiki motosikal.

Advertisement

“Pagi tadi, jam 7.30 suspek datang ke Balai Telemong ditemani ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, keterangan wanita terbabit mencurigakan selain terdapat beberapa kesan kecederaan termasuk gigitan pada lengan dan badan mangsa sebelum menahannya untuk siasatan lanjut jam 8.15 pagi,”

Susulan kejadian, pihaknya tampil melakukan siasatan di rumah suspek di Kampung Kubang Labu, dan mendapati beberapa barangan diambil daripada rumah mangsa termasuk wang tunai dan peralatan solek.

Ujarnya lagi, kejadian itu berkemungkinan disebabkan salah faham antara suspek dan mangsa sehingga suspek dikatakan bertindak mengambil pisau dan mengelar pergelangan tangan mangsa.

“Ketika bergelut, suspek dikatakan mengambil pisau dapur yang ada di ruang tamu sebelum mengelar beberapa kali pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus,”

Untuk rekod, kes ini telah diklasifikasikan sebagai bunuh dan bukan samun dan bunuh. Malah, suspek kini juga telah tahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302, Kanun Kesiksaan kerana membunuh.

Esok, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Marang untuk permohonan reman.

Bagaimanapun, menerusi sebuah perkongsian yang tular di laman Facebook, ia seakan memberi gambaran berkenaan kronologi kejadian penuh tragis tersebut.

Namun demikian, masih tiada sebarang kenyataan yang sahih mengenai identiti suspek.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila Siti Surya Ismail ditemui meninggal dunia oleh adik perempuannya, Siti Nur Syuhada, di ruang tamu rumah dalam keadaan berlumuran darah dan putus pergelangan tangan ketika pulang dari sekolah.

Sumber: BH Online

Comments

comments