Kes Dera Kanak-Kanak Autisme, Pemilik Pusat Jagaan Didakwa

Wanita Didakwa Kes Dera Budak Autisme

Menurut Laporan Kesihatan Mental Kanak-Kanak Remaja Negara Malaysia, dua juta kanak-kanak berusia lima hingga 18 tahun di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental seperti kecacatan perkembangan, gangguan emosi dan tingkah laku.

Autisme merupakan antara masalah paling popular yang berlaku pada kanak-kanak hari ini dengan anggaran satu daripada 100 kanak-kanak adalah autisme. Ia boleh di diagnosis seawal dua tahun apabila kanak-kanak menunjukkan tanda seperti lambat bercakap yang mana perkara ini biasa disedari oleh ibu bapa.

Seperti yang kita tahu, satu perkongsian di laman Facebook oleh seorang pengguna tular sebelum ini yang berkongsi tentang satu kejadian menimpa anaknya yang menghidap penyakit autisme ketika di pusat jagaan. Anaknya disyaki telah didera dan dicederakan oleh pemilik pusat jagaan tersebut selepas dia mendapati terdapat kesan lebam pada mata dan belakang badan anaknya itu.

Advertisement

Pemilik pusat intervensi yang mendera kanak-kanak autisme tersebut akan didakwa di mahkamah pada Rabu ini

Menurut laporan daripada Harian Metro, wanita Singapura yang dipercayai memukul seorang kanak-kanak autisme di sebuah pusat jagaan atau pusat intervensi di Ampang Jaya minggu lalu akan didakwa di mahkamah pada Rabu ini.

Siasatan berhubung kes tersebut sudah selesai dan kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Arahan untuk menuduh wanita tersebut telah diterima pihak polis

Menurut Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak lagi, pihak polis sudah menerima arahan untuk menuduh wanita tersebut yang juga pengurus pusat intervensi berkenaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 pada 13 Oktober ini.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian kanak-kanak, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Bagi Seksyen 15 (1) Akta Imigresen 1952 iaitu tinggal lebih masa dan tiada pas sosial tamat tempoh pula boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada enam kali sebatan jika sabit kesalahan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERHarian Metro

Comments