Kes Kematian Remaja Tidur Dalam Kereta, Mungkin Inilah Punca Sebenar

118

Ramai orang yang mengembara misalnya, kadangkala tidak dapat tempat untuk tidur. Mungkin kerana bilik hotel sudah habis ditempah atau kekangan bajet, yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk tidur dalam kereta.

Namun begitu, tahukah anda tidur dalam kereta dalam keadaan enjin dihidupkan sebenarnya perbuatan yang berbahaya?


Terbaru, dua orang remaja yang disangka tidur dalam kereta didapati telah meninggal dunia 10 Oktober lepas, dipercayai akibat keracunan karbon monoksida. Dalam kejadian jam 11.46 pagi itu, Mohd Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad, keduanya 19 tahun ditemui mati di kerusi hadapan kereta MyVi yang dipakir di tepi jalan raya Kampung Jaya Baru, Kinabatangan, Sabah.

Seorang pengguna Twitter, Aizad Fahmy, menerangkan bahawa tidur dalam kereta dengan enjin dihidupkan perbuatan yang berbahaya. Ini kerana, gas karbon monoksida akan dilepaskan masuk ke dalam kereta jika sistem ekzos kereta mengalami kebocoran.

Menurut Aizad, keracunan karbon monoksida sangat berbahaya kerana gas tersebut tidak mempunyai bau atau warna. Ini menyebabkan individu yang tidak menyedari terdapat masalah kebocoran sistem ekzos juga takkan tahu mereka sedang diracun oleh gas tersebut.

Tidak seperti gas yang lain, karbon monoksida meresap ke dalam darah dengan lebih mudah. Jadi, darah yang dimasuki gas ini tidak akan membawa oksigen, sebaliknya karbon ke otak, dan gas ini tidak boleh digunakan oleh badan manusia.

Jadi anda akan mati perlahan disebabkan badan kekurangan oksigen di otak, paru-paru dan jantung. Ini yang anda perlu tahu, badan anda takkan tahu ia sedang diracun ketika anda tidur, misalnya tidur dalam kereta. Badan akan bertukar menjadi warna merah jambu kerana karbon monoksida merubah warna darah kepada warna yang lebih cerah.

Sebaliknya jika ingin berbuat demikian (tidur dalam kereta), tingkap kereta hendaklah dibuka sedikit.

Boleh dikatakan, mereka yang diracun gas ini sewaktu tidur akan tidur tanpa bangun semula.

Justeru, berhati-hatilah. Cuba tidur di tempat yang sesuai, dan jika tak punya pilihan, pastikan tingkap terbuka waktu anda tidur dalam kereta.

Apa pun, takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa. Jadikan ini satu peringatan buat semua agar berhati-hati ketika tidur dalam kereta. – amazingnara.com

Sumber: Aizad Fahmy

Comments

comments