Kes Pencemaran Sungai Gong, Pengurus Dan Ahli Lembaga Pengarah Kilang Mengaku Tidak Bersalah

Pasti ramai yang terkesan akibat krisis air yang baru sahaja selesai beberapa hari yang lepas. Dilaporkan sebanyak 6 juta rakyat Malaysia yang menjadi mangsa perbuatan khianat ini.

Krisi ini terjadi susulan pencemaran yang berlaku di Sungai Gong, Rawang akibat pelupusan bahan buangan berbahaya.

kredit – The Star

Susulan itu, pengusaha kilang tersebut telah diarahkan untuk menghentikan operasi dan seterusnya dihadapkan ke mahkamah untuk tindakan undang-undang.

kredit – Bernama

Menurut Bernama, seramai 4 orang ahli lembaga pengarah termasuk seorang pengurus kilang, pengurus bengkel mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan oleh Hakim Syafeera Mohd Said.

Ahli Lembaga Pengarah Yip Chee Seng & Sons

Advertisement

Yip Kok Wai, Yip Kok Mun, Yip Kok Kuin, Yip Kok Wong

Sebanyak dua pertuduhan yang telah di bacakan oleh Hakim Syafeera Mohd Said mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Pertuduhan Pertama

Kesemua 5 yang ditahan didakwa melakukan perbuatan khianat dengan melupuskan bahan buangan berbahaya dari bengkel Yip Chee Send & Sons Sdn Bhd ke dalam saluran air yang mengali terus ke Sungai Gong.

Pertuduhan Kedua

Kesemua 5 yang ditahan kerana melepaskan bahan berbahaya dari bengkel tanpa sebarang lesen atau kebenaran

kredit – Bernama

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya. Menurut laporan terkini juga, mahkamah memutuskan untuk tidak membenarkan kelima-lima tertuduh untuk diikat jamin sehingga sebutan kes pada 27 Oktober.

Comments

comments