Kes Positif COVID-19 Catat Rekod Tertinggi – 1,884 Kes

Terkini, Malaysia pada hari ini merekodkan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 1,884 kes positif semenjak penularan wabak tersebut pada awal tahun ini.

Lembah Klang menunjukkan kes penularan positif paling tinggi

Kluster Teratai yang berkait dengan kes penularan dikalangan hostel pekerja kilang Top Glove telah merekodkan sebanyak 1,067 ke positif.

Kluster Damanlela pula merekodkan kes positif sebanyak 101 kes.

Pada awalnya, kes Kluster Teratai dilaporkan pada 5 November apabila 17 pekerja disahkan positif sewaktu ujian saringan di jalankan.

Pada 7 November, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan kes positif tersebut sebagai sebuah kes berkluster.

Advertisement

Sumber : KKM

 

Comments

comments