Kesan Kelar Dan Tikaman, Mayat Lelaki Dijumpai Di Rumah Setinggan

mayat lelaki

Sekujur tubuh ditemui dalam kedaan yang amat mengerikan dengan kesan kelar di leher dan tikaman di badan. Mayat lelaki berusia 20-an itu dijumpai di sebuah kediaman di Kampung Desa Makmur, Majidee hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, mangsa dijumpai di rumah tidak bernombor di hadapan tempat tinggalnya.

Tambahnya, polis juga menemui sebilah pisau pemotong kertas dan serpihan mata pisau di tempat kejadian.

“Polis menerima laporan kes berkenaan pada 8.25 pagi hari ini. Isteri lelaki berkenaan ditahan bagi mengetahui punca serta motif kejadian”.

PDRM

Advertisement

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sehingga laporan bedah siasat diperolehi.

“Orang ramai yang ada maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi talian 07-2182323”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan.

SUMBER

Comments

comments