“Kesiannya Abi, Dia Buat Class Budak-Budak Dia Sorang Pun Tak Masuk”

Sejak PKP dikuatkuasakan Institusi pendidikan, termasuklah sekolah menengah adalah antara beberapa sektor yang paling terkesan. Walaupun bukan dari segi ekonomi/kewangan, ramai pelajar tidak boleh mendapatkan akses sepenuhnya untuk proses pembelajaran.

Tenaga pengajar juga tidak terkecuali. Kebiasannya, pelajar akan hadir ke sekolah dan segala sesi pembelajaran berlaku secara bersemuka.

Namun dengan kehadiran pandemik ini ramai yang masih lagi menyesuaikan diri untuk belajar secara atas-talian melalui pelbagai aplikasi seperti Zoom, Skype dan lain-lain.

Namun, kisah seorang guru ini yang sanggup melakukan apa sahaja demi pelajar-pelajarnya pastinya membuat anda sebak

Abi, gelaran yang diberikan oleh anak cikgu ini melalui posting twitter beliau berasa sebak apabila tiada seorang pun pelajar yang menghadiri sesi tersebut

Advertisement

Tiada seorang pun pelajar yang hadir. Setelah hampir satu jam sesi Zoom berjalan, masih tiada lagi kelibat pelajar.

Abi siap call lagi, nak tengok diaorang semua dekat mana

Namun, ini bukan bermaksud pelajar-pelajar yang bakal menghadapi SPM ini “ponteng”

Mereka sebenarnya antara golongan yang cukup terkesan akibat pandemik COVID-19 ini dan terpaksa bekerja sambilan demi sesuap nasi.

Memang sebak kalau tengok air muka cikgu yang berhempas-pulas untuk menyediakan modul pembelajaran demi pelajar-pelajar yang bakal menghadapi SPM ini

Tetapi, apa yang lebih bagus, sikap dan semangat positif Cikgu Mustakim yang tidak pernah putus asa patut dijadikan contoh.

Terima kasih cikgu!

Sumber : Twitter

Comments

comments