Ketahui 11 Helah Yang Digunakan Untuk Memaksimumkan Masa Pengunjung Di Pusat Membeli Belah

pusat membeli-belah

Pusat membeli-belah sering menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari pelbagai barang dalam satu masa. Di dalam mall terdapat butik pakaian, kedai gadget, kedai perhiasan, pasaraya dan macam macam lagi.

Namun tidak ramai yang menyedari taktik apakah yang sering diguna pakai untuk memujuk pengunjung supaya menghabiskan lebih banyak di dalam mall. Berikut merupakan antara beberapa helah berjaya dilakukan.

1. Tiada jam ditunjukkan di dalam mall

pusat membeli-belah

Sedar atau tidak, jam tidak disediakan untuk pengunjung yang masuk ke dalam mall. Ini untuk mengalihkan perhatian semua daripada persepsi masa. Pengunjung akan terfokus untuk ‘meneroka’ seluruh kawasan mall.

Advertisement

2. Lantai mall mempunyai jubin yang berkilat

lantai

Ini antara helah yang bermain dengan psikologi manusia. Menurut kajian, manusia akan berjalan lambat apabila melihat objek yang berkilat dan sinar. Sebab itu kita sering melihat pengunjung rata-rata berjalan dengan cara yang sangat santai.

3. Cermin diletakkan di hujung butik

butik pakaian

Ketika membeli pakaian di dalam sebuah butik, semestinya pengunjung akan mengacukan baju tersebut di hadapan cermin. Sebelum menjumpai cermin, pengunjung perlu berjalan hingga ke hujung butik. Secara tidak langsung, mata pengunjung akan tertarik kepada pakaian lain lantas terus mencuba baju yang sedang dipegang.

4. Barangan keperluan penting diletakkan di bahagian hujung

pasaraya

Sama juga seperti yang berlaku di kedai pakaian, pasaraya akan meletakkan barang keperluan harian seperti roti dan susu di bahagian hujung pasaraya. Ini akan membuatkan pembeli perlu berjalan di beberapa rak sebelum sampai ke bahagian roti dan susu. Sekali gus tanpa sedar, tangan pembeli akan menarik beberapa barang yang selain keperluan mereka.

5. Muzik berirama perlahan

tangga

Fungsi utama mall memasang lagu yang mempunyai tempo yang rendah bukan untuk menghiburkan pengunjung semata-mata. Mengikut fakta, muzik berirama klasik dapat mendorong pengunjung untuk meningkatkan pembelian mereka. Pengunjung yang berasa tenang berada di dalam mall akan menghabiskan lebih banyak masa.

6. Panggung wayang sentiasa berada di tingkat paling atas

panggung wayang

Rasanya setiap mall yang mempunyai panggung wayang akan meletakkan panggung wayang di tingkat paling atas. Kesannya, pengunjung yang mahu menuju ke panggung wayang perlu melalui beberapa tingkat yang mempunyai pelbagai kedai. Mungkin selepas selesai menonton wayang, pengunjung akan mengunjungi kedai yang mereka telah lihat.

7. Potongan harga dan diskaun sering ditawarkan di bahagian kanan kedai

diskaun

Secara majoritinya, pengunjung cenderung untuk melihat di bahagian kanan kedai ketika melangkah masuk. Oleh itu, pemilik kedai akan meletakkan promosi dan tawaran diskaun di sebelah kanan kedai. Kebiasaan ini turut dikenali sebagai ‘kanan yang tidak berubah’.

8. Kedai roti dan pastri akan diletakkan di hadapan pintu masuk mall

kedai roti

Aroma daripada roti yang dibakar di dalam ketuhar akan membuatkan pengunjung berasa lapar. Sebelum berjalan-jalan di dalam mall, tidak salah sekiranya untuk mengambil roti atau donut yang panas untuk mengalas perut. Biarpun pada mulanya tidak merancang untuk makan dahulu sebelum membeli barang.

9. Fitting room diletakkan berhampiran bahagian pakaian lelaki

fitting room

Selepas membaca artikel ini, cuba perhatikan dimana kedudukan fitting room diletakkan. Kebiasaanya fitting room akan sentiasa berhampiran kawasan bahagian pakaian lelaki. Ini kerana lelaki lebih dikenali sebagai pembeli yang kurang bersabar.

10. Harga yang ditunjukkan menjadikan perbandingan matematik yang sukar

harga

Ini merupakan taktik yang digunakan di semua kedai tidak kira di dalam mall ataupun di luar mall. Berbanding menjual sesuatu dengan harga RM10, barang berkenaan akan dijual dengan harga RM9.99. Pembeli akan mudah terpedaya dengan harga yang ditunjukkan seperti ini.

11. Item impulse-oriented berada dekat dengan kaunter pembayaran

kaunter pembayaran

Pembeli akan beratur untuk membuat pembayaran di kaunter. Sementara menunggu, pembeli akan terdorong untuk mengambil gula-gula ataupun majalah yang berada dekat dengan kaunter pembayaran.

Sumber 

Comments

comments