Ketahui 13 Simbol Yang Terdapat Pada Meter Kereta Beserta Maksud Disebaliknya

343

Kebanyakan diantara kita mungkin masih ramai yang belum tahu sepenuhnya mengenai kereta. Mungkin sebilangannya hanya tahu perkara asas sahaja namun tak mustahil ada yang tak tahu langsung.

Jangan hanya tahu bawa dan isi minyak kereta sahaja dan sebenarnya sangat penting untuk kita mengetahui setiap fungsi kereta yang ada pada dashboard kereta yang kita bawa. Namun, tak semua kereta ada semua simbol.

Jom kita baca..

1. Temperature Enjin

Simbol ini menunjukkan kereta anda terlalu panas.

2. Tekanan Minyak

Maksudnya minyak pada enjin kereta anda kurang ataupun terdapat sedikit masalah pada sistem minyak enjin.

3. Amaran Enjin

Apabila simbol ini menyala, anda seharusnya memeriksa kereta kerana simbol ini menyala disebabkan banyak sebab.

4. Bateri

Simbol amaran yang memberitahu bahawa bateri kereta anda semakin lemah.

5. Minyak

Simbol minyak kereta anda dah nak habis. Jadi kalau nampak simbol ni, cepat-cepatlah stesen minyak ya.

6. Tali Pinggang

Simbol peringatan untuk pakai tali pinggang. Kalau tak nak pakai juga, tahanlah telinga dengar bunyi bingit dalam kereta.

7. Tekanan Tayar

Maksudnya tekanan tayar tak balance. Mungkin disebabkan tayar kurang angin.

8. Kawalan Cengkaman

Simbol amaran yang menunjukkan cengkaman tayar anda kurang baik. Perkara ini boleh membahayakan anda.

9. Kunci Anti Break

Terdapat masalah pada sistem break anti lock kereta anda. Kalau nampak simbol ni baik pergi check.

10. Automatic Shift Lock dan Enjin Start Indicator

Simbol yang menunjukkan bahawa anda perlu menekan break untuk start enjin atau tukar ke gear neutral.

11. Air bag

Sistem airbag anda mungkin bermasalah sama ada pada salah satu airbag ataupun semua sekali.

12. Lampu Kabus

Simbol ini menyala apabila lampu kabus anda terpasang. Jangan risau ya!

13. Air Pada Wiper

Simbol yang menunjukkan air wiper anda kurang. Jadi refill lah cepat-cepat ya.

Lihat jika yang diatas tiada dalam kereta anda..

Kredit : Saja Kongsi

Comments

comments