Ketua Gangster Meniru Teknik Penyamaran Dalam Filem ‘White Chicks’ Untuk Lari Dari Penjara

3575
Lelaki menyamar sebagai wanita

Mungkin anda terbayang babak di dalam filem aksi di mana penjenayah melakukan teknik penyamaran kan? Tetapi ini bukanlah babak dari mana-mana filem kerana kejadian ini sememangnya berlaku di Brazil. Seorang ketua gangster yang ditahan di sebuah penjara cuba melarikan diri dengan cara menyamar sebagai anak perempuannya.

Clauvino da Silva atau dikenali sebagai ‘Shorty’ ditahan atas kesalahan mengedar dadah dan itu bukanlah kali pertama beliau ditahan atas kesalahan yang sama.

Cubaan melarikan diri kali ini, Shorty dijumpai berpakaian seperti anak perempuannya dengan memakai t-shirt merah jambu, berseluar jeans dan berambut palsu. 

Semasa cubaan membawanya keluar dari situ, anak perempuannya Ana Gabriele sedang bersembunyi di penjara berkenaan. Ketika ingin keluar di pintu masuk tersebut selepas tamat waktu melawat, pengawal yang curiga dengan rupanya yang nampak pelik menahannya dari keluar.

Topeng muka yang diperbuat dari silikon itu sememangnya nampak mencurigakan jika dilihat oleh sesiapa pun.

Bahan bukti penyamaran
Pada tahun 2013, beliau pernah cuba melarikan diri melalui saluran pembetong kumbahan bersama 31 banduan lain. Shorty menerima hukuman penjara selama 73 tahun di atas kesalahan mengedar dadah.

Mungkin mereka mendapat inspirasi dari filem White Chicks untuk meniru teknik penyamaran ini. Kalau diikutkan memang sama seperti teknik yang digunakan di dalam filem ini. Filem White Chicks dikeluarkan pada tahun 2004 dimana dua watak utamanya menyamar sebagai perempuan. 

 

Sumber: Buzzfeed

Comments

comments