Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor Disahkan Positif COVID-19, Kini Jalani Rawatan Di Hospital

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor kini disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth (QEH).

Memetik laporan Sinar Harian, beliau disahkan terkena jangkitan tersebut selepas menjalani ujian Covid-19 sekali lagi ketika sedang melakukan kuarantin kendiri beberapa hari lalu.

Menurut Effendi Mohamed Sunoh  selaku Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri, Hajiji sebelum ini secara sukarela menjalani kuarantin kendiri selepas mendapati salah seorang daripada kakitangannya dijangkiti wabak berkenaan.

Advertisement

“Ketika dalam kuarantin kendiri itu, beliau menjalani ujian Covid-19 sekali lagi dan hasil ujian terbaru mengesahkan beliau didapati positif. Beliau kini sedang menjalani rawatan di QEH bagi rawatan seterusnya. Keadaan kesihatan beliau baik dan stabil,”

Dedahnya lagi, biarpun sedang menjalani rawatan, namun Hajiji khabarnya masih menjalankan menerusi panggilan telefon dan sidang video dari tempat rawatan.

“Kerajaan Negeri berfungsi seperti biasa. Beliau mengajar seluruh rakyat Sabah bertenang dan bersama-sama berdoa agar Allah SWT sembuhkan dan selamatkan Sabah dan Malaysia daripada Covid-19,”

Sumber: Sinar Harian

Comments

comments