KFC Bakal Lancar Baju Edisi Khas Bersama Pestle Mortar

814

Sejak dari kecil lagi ayam goreng kegemaran kita pastinya KFC. Mana tidaknya setiap kali mak dan ayah gaji, mereka akan bawa kita pergi KFC. 

Bukan itu sahaja, sambutan hari jadi kita disambut di KFC, senang cerita KFC dihatilah zaman kita kecil-kecil dulu.

Dan masih ingatkah anda, jika beli ayam goreng KFC pasti kita nak permainan yang dijual sekali. Kalau tak dapat menangis satu kedai dengar, terpaksalah jugak mak ayah kita belikan.

Apa yang menariknya sekarang, KFC akan menjual baju untuk koleksi khas mereka.

Kini KFC berkolaborasi bersama jenama tempatan Pestle Mortar untuk satu koleksi khas yang memang sangat menarik.

11 item akan dihasilkan untuk koleksi ini termasuklah jaket, hoodie, baju tshirt, bucket hat dan pin baju.

keluaran khas KFC
jaket keluaran khas
Kepada anda yang berminat dengan koleksi ini, KFC akan menjualnya secara rasmi pada 5 September ini di butik Major Drop, Sunway Pyramid.
baju keluaran khas
baju keluaran khas

Lain macam KFC sekarang, pasti ramai serbu ini. Siapa cepat dia dapatlah kan?

Sumber: Instagram

Comments

comments