KFC China Lancar Nuget Durian, Pasti Sedap Hingga Menjilat Jari

849

Zaman sekarang ini durian telah menjadi kegemaran semua orang kerana rasanya yang sangat unik.

Kerana rasanya yang sangat enak dan menjadi kegilaan ramai, banyak inovatif makanan yang menggunakan durian sehingga mendapat sambutan yang tinggi.

Di Malaysia, banyak makanan yang berasaskan durian telah dicipta seperti ais krim durian, pizza durian, kek durian, crepe durian dan lain-lain.

Durian KFC

Tetapi di China pula, tular KFC telah melancarkan ‘Durian Chicken Nuggets’ pada 2 September 2019 dengan harga 11.50 yuan (~RM 6.76) sahaja untuk empat ketul nuget ayam.

nuget durian

Jika kita lihat nuget tersebut nampak biasa sahaja tetapi isinya penuh dengan durian. Kalau sekali lihat macam nuget keju tetapi durian.

nuget durian
nuget durian

Pada mulanya, warganet di China mengatakan mereka agak ‘skeptikal’, tetapi sangkaan mereka berubah selepas merasai keenakan nuget tersebut yang ternyata sangat sedap.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan rasa durian dan nuget digabungakan rasanya sangat seimbang dan kombinasi nuget dan durian sangat ‘awesome’.

Ini juga telah mendapat perhatian netizen Malaysia yang memberi pendapat agar KFC Malaysia menggunakan idea ini di semua cawangan KFC Malaysia.

Apa pendapat anda jika KFC Malaysia keluarkan menu nuget durian ini? Kongsikan di bahagian komen kami.

 

Sumber: KFC China

Comments

comments