KFC Indonesia Tampil Menu Kulit Ayam Goreng, Netizen Malaysia Teruja

2960

Menu terbaru yang diperkenalkan oleh Kentucky Fried Chicken Indonesia ialah Chicken Skin atau kulit ayam. Dijual dengan harga IDR13,636++ (RM 4), ia bagaimanapun hanya boleh didapati dari enam outlet KFC di Jakarta iaitu MT Haryono, Salemba, Cideng, Kemang, Kalimalang, dan Kelapa Gading.

Walaupun ianya hanya dijual di Indonesia, Netizen Malaysia sangat teruja dengan menu terbaru itu dan membayangkan kelazatannya.


Malahan ada yang mengatakan ingin pergi ke Indonesia untuk menikmati kulit ayam goreng itu yang juga dipanggil Crackling.


Bagaimanapun, ada Netizen mendakwa KFC di Indonesia tidak sesedap KFC di Malaysia. Malah rakannya yang merupakan warganegara Indonesia sendiri mengakui KFC di Malaysia lebih sedap.


Namun penulis pasti jika KFC Malaysia mengeluarkan menu ini ia pastinya mengikut resipi KFC Malaysia yang lazat dan laris di pasaran.

Dan yang pasti, jika menu itu diwujudkan Netizen ini sudah berpesan awal-awal:

Comments

comments