KFC Jawab Spekulasi Harga Set Makanan Makin Mahal

784

Dalam kejadian beberapa hari lepas, tular di laman sosial apabila harga set makanan KFC yang dikatakan semakin mahal daripada harga sebelumnya.

KFC merupakan salah satu makanan ruji rakyat Malaysia yang mempunyai nilai sentimental yang tersendiri bagi setiap penggemarnya. Dengan kenaikkan harga ini ia bakal memberikan impak yang besar kepada hampir kesemua penggemarnya.

Dalam pada itu, KFC Malaysia menyatakan bahawa kenaikkan harga untuk setiap set makanan adalah kerana cukai  Jualan dan Perkhidmatan (SST). Yang mana setiap harga set makanan itu telah pun dikira bersama cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Mengulas dengan lebih lanjut, Pihak KFC Malaysia berkata, set makanan bagi Super Jimat Box D juga tidak pernah diletakkan pada harga RM12.50 sejak pihak KFC melancarkan produk itu pada 2015. Ia juga termasuk dengan membandingkan harga bagi set makanan snack & Dinner plate dengan harga yang sudah beberapa tahun dahulu.

kfc-9
Pihak KFC menyatakan bahawa pihaknya hanya melakukan penyelarasan harga bukan menaikkan harga setiap set makanan sesuka hati.

Maka sebagai pengguna kita perlulah mempunyai pengetahuan dalam sistem cukai yang telah kerajaan guna pakai. Bagi mewakili suara pengguna, diminta agar pihak KFC Malaysia sentiasa mempertimbangan harga produk jualan agar tidak membebankan pengguna. -amazingnara.com

Sumber Berita: MalaysiaKini

 

 

Comments

comments