Khabar Angin iPhone 12 Akan Muncul, Pengguna iPhone 11 Mula Tak Senang Duduk

9123

Apple baru sahaja melancarkan iPhone 11 pada bulan September yang lalu. Walaupun belum sampai dua bulan, nampaknya khabar angin tentang kemunculan iPhone 12 telah  berjaya membuatkan pengguna iPhone tak senang duduk dibuatnya.

Mana tidaknya, setiap tahun Apple pasti akan mengeluarkan rangkaian iPhone yang terkini. Berbeza dengan iPhone 11, untuk iPhone 12 ini dikhabarkan akan mempunyai empat kamera. Sebelum ini, inovasi tiga kamera pada iPhone 11 menjadi perbualan hangat di media sosial.

Baca: Tiga Model iPhone 11 Dilancarkan Pada Apple Event 2019

Dengan perkhabaran berita iPhone 12 ini, ramai yang mula gelisah kerana berasa terlalu terkejar-kejar untuk memiliki produk iPhone yang terkini. Kalau ikutkan, iPhone 11 baru sahaja dilancarkan dan masih ada yang belum berpeluang mendapatkannya.

“Aku baru je beli iPhone yang baru ni kot.”

“Rupa iPhone 16 akan datang.”

“Tengah kumpul duit untuk iPhone X, ni dah nak keluar iPhone 12 pulak dah?”

“Bukan iPhone 11 baru je keluar ke?”

Walaupun khabar angin ini hanya sekadar konsep untuk iPhone 12, tak mustahil Apple akan keluarkan rangkaian terbaru iPhone dalam masa terdekat. Apa-apa pun, iPhone 11 masih berbaloi untuk anda dapatkannya sekarang. Kalau mengikut perkiraan, mungkin iPhone terkini akan dilancarkan September tahun hadapan seperti biasa.

Sebelum ini, Apple telah mengeluarkan koleksi khas iPhone 11 didatangkan dengan cebisan baju Steve Jobs. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Edisi Khas iPhone 11 Pro Berharga RM26,000 Dengan Tandatangan Dan Cebisan Baju Steve Jobs

Comments

comments