Khaby Lame Ada Kisah Tersendiri Sebelum Dirinya Menjadi Viral

Pengguna-pengguna laman sosial khususnya TikTok pasti akan mengenali seorang individu dikenali sebagai Khaby Lame atau nama sebenarnya Khabane Lame. Dengan hanya memuat naik video tanpa mengeluarkan suara, dia mampu menarik perhatian warganet.

Bukan tu saja, dia membuat mimik muka yang bersahaja serta menggunakan bahasa tubuh saja menjadikan dirinya viral sehingga memperoleh hampir 80 juta followers di TikTok.

@khaby.lame

Why?!??#LearnWithTikTok #LearnFromKhabi #ImparaConTikTok

? suono originale – Khabane lame

Khaby menghasilkan video tips yang lebih mudah atau lifehacks daripada video-video lain yang kelihatan seperti tidak masuk akal. Dengan caranya yang tersendiri menjadikan warganet lebih suka kerana ianya dianggap lucu.

Advertisement
@khaby.lame

???????????????#learnfromkhaby #LearnWithTikTok #ImparaConTikTok

? suono originale – Khabane lame

Namun, siapa sangka disebalik videonya yang simple dan bersahaja terdapat kisahnya yang tersendiri sebelum dia menjadi viral.

Pemuda yang berusia 21 tahun itu sebenarnya bekas pekerja di salah sebuah kilang di bandar perindustrian utara Chivasso, Itali. Pada Mac 2020, dia kehilangan pekerjaannya susulan pandemik Covid-19. Oleh itu, dia kembali ke kediaman keluarganya dan ayahnya mendesaknya untuk mencari pekerjaan lain.

Namun, dia hanya menghabiskan masanya dengan memuat naik video di laman TikTok sehingga kini dikenali ramai.

Bukan tu saja, dia juga mempunyai masalah dalam menghadapi isu status kewarganegaran walaupun dirinya sudah dikenali di peringkat antarabangsa sebagai TikToker Itali dan telah menetap di Itali sejak umur satu tahun.

Menerusi laporan The New York Times, kewarganegaraan Itali hanya dapat diperoleh oleh anak-anak pendatang yang mencapai usia 18 tahun setelah tinggal di Itali sejak dilahirkan. Bagi mereka yang tidak dilahirkan di Itali, ianya boleh mengambil masa yang lama untuk memperoleh status kewarganegaraan tersebut.

Walau bagaimanapun, kini Khaby Lame telah dikenali hampir di seluruh dunia dan menjadikannya salah satu TikToker atau content creator yang memiliki jutaan followers. 

Sumber

SUMBERThe New York Times

Comments