Khairy Jamaluddin Sangkal Tuduhan Golongan Antivaksin Kata Vaksin Ialah Dajjal

Negara Malaysia telah mencipta sejarah dimana vaksin Covid-19 untuk kumpulan pertama iaitu vaksin Pfizer-BioNTech telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 10 pagi, semalam.

ketibaan vaksin covid-19 pertama di malaysia

Berita itu merupakan berita yang cukup gembira untuk rakyat Malaysia kerana ianya merupakan salah satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk menghentikan wabak Covid-19 yang melanda negara Malaysia sejak akhir tahun 2019.

Namun, di sebalik berita gembira ini ada segelintir golongan antivaksin yang cuba untuk memberitahu vaksin yang mendarat di Malaysia ialah dajjal. Hal ini juga berhubung dengan perkataan ‘One world’ yang ada pada badan pesawat membawa vaksin Covid-19 itu.

Advertisement

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook namun kini akaun berkenaan sudah dinyahaktifkan.

Hal itu mendapat perhatian daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin menerusi perkongsiannya di akaun Twitter miliknya.

“Vaksin bukan dajjal dan One World adalah nama airline alliance atau rangkaian syarikat2 penerbangan”

Walau bagaimanapun, Khairy Jamaluddin berharap agar masyarakat sekeliling turut sama membantu kerajaan untuk menyebarkan makumat yang sahih terutamanya di media sosial seperti Whatsapp dan Facebook.

Sumber 

Comments

comments

SOURCETwitter