Kilang Fucuk Penuh Lalat dan Bangkai Kucing Dikompaun RM 8,500

Sebuah kilang proses pembuatan fucuk di Sungai Jawi, Penang dikenakan lima kompaun berjumlah RM 8,500 kerana membiarkan tempat itu kotor tanpa diurus dengan sebaiknya.

Ketika siasatan dilakukan, tempat itu dipenuhi lalat bahkan bangkai seekor kucing juga turut dibiarkan di situ tanpa dibersihkan.

Memetik laporan The Star, Pegawai Kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata pemeriksaan dilakukan hasil pemantauan daripada pihaknya.

Advertisement

Kilang itu mempunyai empat perusahaan yang beroperasi antara lapan hingga 40 tahun lalu tanpa lesen yang sah. Apa yang lebih merisaukan ialah haiwan seperti anjing dan kucing dibiarkan berkeliaran di kawasan tersebut.

Disebabkan tahap kebersihan yang teruk, pihak berkuasa mengenakan kompaun terhadap kilang berkenaan dan diarahkan untuk membersihkannya secepat mungkin.

Justeru, pemeriksaan selanjutnya akan dibuat dalam masa tiga minggu dan sekiranya tiada perubahan, pihak berkuasa akan memberikan notis untuk menutup kilang itu bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Sumber 

Comments

comments

SOURCEThe Star