Kilang Membuat Kereta Mewah Lamborghini Dan Ferrari Palsu Diserbu Pihak Polis

1242

Polis Brazil membuat serbuan di sebuah kilang yang didakwa menghasilkan kereta mewah Lamborghini dan Ferrari palsu. Serbuan itu berjaya dilakukan selepas penyiasat mendapat informasi tentang seorang ayah dan anak yang menawarkan kereta tersebut pada harga serendah $70,000.

Bengkel yang dinamakan Autos Fibra itu mempunyai akaun Instagram dan Youtube dimana mereka mengiklankan perniagaan mereka secara terbuka dan review dari pembeli.

Polis membuat serbuan di bengkel tersebut menjumpai lapan buah kenderaan yang sedang disiapkan iaitu dua Ferrari dan enam Lamborghini. Ada yang sudah separuh disiapkan manakala yang lain baru sahaja ingin dilakukan.

Kereta mewah tersebut yang kebiasaannya dijual pada harga $400,000-$800,000 itu dijual dengan harga serendah $47,000- $66,000 sahaja. Perbezaan harga yang sangat jauh!

Walaupun pada luarannya nampak sama seperti yang original tetapi enjin yang digunakan adalah dari Mitsubishi Eclipse, Alfa Romeo dan Chevrolet Omega.

Tiada tangkapan yang dilakukan tetapi lelaki dan anaknya yang menawarkan kereta di media sosial itu didakwa atas kesalahan harta intelek.

Polis mendakwa ianya merupakan satu kesalahan harta intelek kerana menggunakan logo dan reka cipta daripada syarikat lain. Kereta yang dipanggil sebagai “prototypes” ini melanggar kesalahan kerana kereta “prototypes” tidak boleh didaftarkan dengan logo daripada kereta yang telah didaftarkan.

Jurucakap Lamborghini memberitahu syarikatnya tidak merancang untuk membuat sebarang dakwaan tetapi berkata perkara ini melanggar kesalahan undang-undang. Selain menekankan risiko keselamatan pembeli kereta ‘palsu’ ini kerana pembuatan yang tidak menepati piawaian keselamatan.

Memang keselamatan tak terjamin kalau naik kereta ‘palsu’ macam ini. Lebih baik beli kereta yang murah tapi asli daripada nak bahayakan keselamatan sendiri. 

Rasanya Malaysia ada ke kilang buat kereta palsu macam ni?

Sumber: The Guardian

Comments

comments