Kini Diburu, Polis Dedah Wajah Suspek Lompat Pagar SPRM

Melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terbabit dalam kes Macau Scam, polis kini memburu suspek lelaki, Goh Leong Yeong.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman iaitu Datuk Huzir Mohamed, suspek disabit siasatan membabitkan tiga kes mengikut Seksyen 4(1) (C) Akta Rumah Judi Terbuka.

Gambar – Harian Metro

“Suspek terbabit dalam penganjuran judi dalam talian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Menurut rekod, suspek menetap di Blok 25B2-5-8, Miharja Condo, Jalan Cheras, Kuala Lumpur,”

Orang ramai juga disaran supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran andai terlihat kelibat suspek.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Deputi Superintendan (DSP) Ahmad Zamri Jai di talian 012-8993622,”

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Comments

comments