Kini Pengguna Mudah Untuk Mencari Barang Menggunakan AirTag Keluaran Apple

Jikalau iPhone tidak dapat dikesan atau hilang pasti ada cara untuk mencarinya. Hal itu menjadi salah satu inisiatif syarikat Apple memudahkan penggunanya untuk mencari semula telefon mereka dengan mudah.

Terbaru, syarikat Apple mengumumkan akan melancarkan satu aksesori yang direka bagi memudahkan pengguna untuk mencari barangan mereka dengan mudah iaitu Apple AirTag.

Menerusi laman apple.com, aksesori ini boleh diletakkan di barang kesayangan milik pengguna seperti beg tangan, kunci, backpack atau barangan lain bagi memudahkan pengguna untuk mencarinya menggunakan iPhone.

Advertisement

AirTag boleh didapati dalam satu pek dengan harga $29 (RM119.35) dan empat pek dengan harga $99 (RM 407.43) serta tersedia mulai Jumaat, 30 April.

Pengguna juga boleh memilih 31 emoji pilihan dan tulisan untuk diukirkan di aksesori yang dipilih dan pembelian boleh dilakukan menerusi apple.com atau Apple Store App.

Apple AirTag pasti menjadi pilihan pengguna Apple untuk mudah mencari barang dan memastikan barang kesayangan korang tak hilang.

Sumber 

Comments

comments