Kini Rakyat Malaysia Boleh Laporkan Tentang Perokok Tegar Hanya Menggunakan Aplikasi WhatsApp

562
larangan merokok

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, kerajaan telah melaksanakan undang-undang larangan merokok di premis makanan bermula tahun 2020 ini. Jika tahun lalu hanya amaran saja yang diberikan tetapi tahun ini, larangan ini telah berkuatkuasa sepenuhnya.

Baca: Mulai 2020, Anda Boleh Dipenjara Dua Tahun Jika Merokok Di Premis Makanan

Perokok masih lagi dibenarkan untuk merokok di premis makanan dengan syarat berada sekurang-kurangnya 3 meter dari premis makanan. Walaupun kelonggaran ini diberikan, masih ada lagi yang tegar merokok di dalam premis makanan.

Jangan bimbang kerana kini anda sendiri sudah boleh melaporkannya pada pihak berkuasa. Sekiranya ada perokok yang ingkar, anda boleh laporkan terus pada pegawai kementerian kesihatan menerusi aplikasi WhatsApp.

larangan merokok

Anda hanya perlu rakamkan gambar perokok yang sedang merokok di premis makanan dan hantarkan pada nombor 010-8608949. Jangan lupa sertakan nama dan alamat premis makanan tersebut bersama-sama masa dan tarikh kejadian.

Untuk mereka yang merokok di premis makanan, anda boleh didenda sehingga RM2500 jika didapati bersalah! Kementerian Kesihatan Malaysia juga sebelum ini maklumkan akan pertimbangkan kerja-kerja khidmat sosial untuk mereka yang melanggar undang-undang ini.

Artikel berkaitan: Kementerian Kesihatan Malaysia Akan Mempertimbangkan Kerja Khidmat Masyarakat Untuk Perokok Yang Ingkar

Comments

comments