Kisah Di Sebalik Rumah Misteri Petaling Jaya Ditinggalkan Dengan Kereta Porsche Dan Alfa Romeo

102893
Rumah Di Bukit Gasing

Di negara ini, ada banyak rumah besar yang cantik ditinggalkan tanpa diketahui sebabnya. Terdapat banyak cerita di sebalik sesetengah rumah ini, namun rupanya, sebuah rumah di Petaling Jaya yang menimbulkan persoalan kerana ia terbiar kosong bersama dua kereta mewah iaitu Alfa Romeo dan Porsche di ruangan parkir rumah itu, juga sebenarnya punya latar belakang yang menyeramkan.

Seorang pengguna Twitter telah bertanya jika ada sesiapa mengetahui mengenai rumah tersebut, yang pintu pagarnya terukir aksara ‘SG’. Sehubungan itu, seorang pengguna Twitter yang menggunakan handle @syahfahzan telah menceritakan kisah di sebalik rumah besar tersebut yang kini hanya terbiar sepi dan menyeramkan. Ikuti kisahnya:

—-

Okay . Cerita dia macam ni. Rumah ni kepunyaan seorang doktor nama Sanjay Gill. Kalau kamu semua perasan di pintu pagar dia ada ukiran SG. Dia ni doktor pakar bedah. Rumah ini mula kosong sekitar 2002 lagi sebenarnya.

Macam-macam cerita tentang rumah ni, tapi sebagai jiran dia. Kami lebih tahu. Doktor ni dah kahwin, dengan Shalini. Mereka kahwin dekat 10 tahun. Tapi tak ada anak lagi.

Siapa duduk sini tahu la, memang dua tahun sebelum, tak ada penghuni rumah ni. Malam saja, akan menjerit-jerit gaduh, bayangkan rumah besar-besar tu gaduh, pun jiran dengar.

Mereka ni gaduh sebab Sanjay ni nak anak, tapi isteri dia tak dapat nak beri zuriat lagi. Senang cerita tengah tak bahagia la . Tentang zuriat ni Shalini tu yang cerita kat mak aku waktu mereka joging pagi-pagi.

Selepas itu dijadikan cerita doktor ni jarang balik rumah. Sebab selalu gaduh, dan rupanya dia ada perempuan simpanan.

Ada ke orang nak dengar cerita aku ni.

Nak dipendekkan cerita Shalini dapat tau yang Sanjay ni berskandal dengan budak dekat hospital dia kerja. Jururawat ke doktor tak ingat. Tapi kerja tempat sama la. Perempuan ni nama dia Betty. Betty ni Chindian. Sanjay umur dah 33, Betty ni umur 24, macam tu.

Sanjay ni plak , mula-mula jarang balik rumah, lepas tu jarang dia tu terus tak balik. Mungkin dah selalu gaduh kan. Bila tak balik Shalini ni makin tekanan perasaan. Habis semua jiran-jiran dia ajak borak luah perasan.

Atas dasar kesian , mak aku pun banyak la dengar cerita daripada Shalini ni. Shalini ni siap upah penyiasat persendirian nak cari rumah mana Sanjay dengan Betty ni duduk.

Tu yang kantoi dapat tau skandal tempat kerja Sanjay. Sanjay ni dalam waktu sama, memang merancang nak ceraikan Shalini. Dia macam dah beri hint kat Shalini ni la.

Sekejap eh, guys. Mak aku ajak pasar. 😆

Bateri pun low. Jadi sabar eh.

Okay sambung. Shalini dah macam orang tak betul sebenarnya. Malam-malam kau akan dengar dia menangis, menjerit seorang diri . Seram juga la.

Satu hari. Shalini pergi hospital. Dia cari si Betty ni la. Dia ajak Betty datang rumah  tanpa pengetahuan Sanjay.. Betty setuju mungkin sebab dia ingat Shalini ni biasa-biasa saja, tak psiko.

Malam 6 Jun tu. Betty pun pandu kereta Alfa Romeo pergi rumah Sanjay ni.

Kamu semua tau kan di rumah tu ada dua biji kereta terbiar sampai sekarang?

Ya. Satu kereta Betty. Itu la kali terakhir dia pandu kereta tu. Sebabnya bila Betty sampai malam tu, Shalini ni jemput dia macam biasa.

Bincang punya bincang, mereka bertekak. Mak aku cakap memang kecoh menjerit-jerit. Dekat dua jam juga.

Selepas itu terdengar bunyi kaca pecah. Rupanya kerusi kena baling ke tingkap. Betty lari keluar mintak tolong. Di tangan Shalini ada botol kaca yang dia dah pecahkan, macam nak bunuh la.

Kebetulan waktu Betty tengah lari tu, jiran kami baru balik bertugas dari Balai Bukit Aman, Cheras. Jiran-jiran sini panggil inspektor Yoe, Abe Yoe. Kelam kabut Abe Yoe tahan si Shalini ni.

Waktu ni memang kecoh satu lorong tu. Semua jiran keluar, jadi Abe Yoe tanya la:

Kenapa ni? Sampai pegang-pegang botol?

Shalini jawab

Bangun pagi mandi sungai.

Nak gaduh boleh?

Yoe dengan panas jawab la.

Pergi Kedah, balik rumah letih-letih. TAKLEH!

Shalini dengar jawapan Yoe tu. Terus dia tikam Yoe dengan botol tajam tu. Selepas itu Yoe ambil pistol nak tembak Shalini. Dia tertembak Betty.

Rumah misteri bukit gasing, amazingnara

Shalini dah panik, kebetulan Sanjay balik. Dia langgar Shalini laju-laju dengan kereta dia. Sanjay plak tak boleh lawan kereta langgar tiang lampu.

Hilang la semua hari itu juga.

Rumah misteri bukit gasing, amazingnara

Lepas kejadian ni. Kami sekeluarga pindah ke Wangsa Maju. Dan tak ambil tahu dah. Sampai la saya nampak orang nak tau tentang kejadian ni. Tu yang saya cerita tu.

***

Comments

comments