Kisah Disebalik Sepasang Baju Melayu Yang Bakal Dilupakan

596

Baju melayu adalah satu pakaiaan tradisional dan kebangsaan untuk semua lelaki Melayu yang di Malaysia. Kekacakan lelaki melayu akan lebih terserlah berpuluh-puluh kali ganda apabila mengenakan baju Melayu lengkap  dengan songkok dan juga samping.

OMAR Ali sudah lama meninggalkan kita, namun namanya masih disebut-sebut kerana meninggalkan warisan yang masih bertahan hingga ke hari ini, iaitu Butik Omar Ali.

Butik baju Melayu yang cukup popular ini sudah tidak perlu diperkenal lagi dalam kalangan pembuat baju Melayu tanah air. Pelanggan tetapnya sudah terdiri daripada empat generasi, daripada moyang, datuk, bapa, anak dan cucu pernah menempah baju Melayu di Omar Ali.

Pengerusi OMAR Ali, Bakhtiar Affandi Omar telah berkecimpung dalam bidang jahitan sejak tahun 1975-an dan menceritakan kepada Beautifulnara  asal usul dan sejarah kedatangan baju melayu kepada semua warga Malaysia.

Beliau adalah generasi kedua untuk OMAR Ali yang meneruskan perniagaan legasi keluarga dari tahun 1935-an.

Sejarah dan asal usul baju melayu  

Baju Melayu berasal daripada Nusantara dan berunsurkan ciri-ciri daripada India, Arab, Cina dan Indonesia yang mempunyai keunikannya sendiri dan menjadi citarasa masyarakat Melayu.

Masyarakat Melayu dahulunya mempunyai citarasa yang pelbagai dan pelbagai warna  dalam kehidupannya dan amat mementingkan fesyen pada zaman itu lagi.

Kita boleh tengok baju Melayu dahulu lebih menarik.Baju Melayu juga lebih dikenali sebagai pakaian acara rasmi seperti acara-acara kebangsaan, perayaan rasmi, hari jadi Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya.




Tambahnya, masyarakat Eropah sendiri juga tertarik dengan rekaan baju Melayu.

Asal Usul Baju Melayu

Terdapat pelbagai jenis baju Melayu yang dikeluarkan antaranya ialah teluk belanga dan cekak musang.


Katanya,  Di Johor, rekaan baju Melayu adalah berbeza. Bajunya dihasilkan tanpa kolar tetapi fesyennya sebenarnya berasal dari Minangkabau .

Bukan itu sahaja, si pemakai baju Melayu turut diberi pilihan untuk mengenakan butang baju Melayu menggunakan 3 ataupun 5 butang.

Bagi baju Melayu 3 butang ianya  telah dipakai sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Dimana beliau telah mengabungkan kolar Cheongsam dan Baju Melayu bagi memaparkan keharmonian semua bangsa di Malaysia pada waktu.

Adakah baju Melayu melambangkan sesebuah agama?

Menurut beliau, baju Melayu sebenarnya tiada kaitan dengan agama dan ianya hanya andaiaan daripada orang sahaja.

Ini kerana baju Melayu bukannya berasal dari zaman Melayu. Sewaktu zaman tersebut, masyarakat Melayu beragama Hindu sudah mula mengenakan baju ini.

Cerita di sebalik samping dan songkok

Bakhtiar berkata, pemakaiaan samping menunjukkan status mereka iaitu bujang ataupun sudah berkahwin. Kadangkala dari pemakaiaan samping juga sudah boleh diketahui mereka berbini berapa.

Saya tidak pasti, saya rasa mungkin ada kebenarannya.

Manakala songkok pula telah diubah daripada pakaiaan Melayu asli iaitu destar ataupun tanjak.

Songkok ini sebenarnya jika dikaji balik berasal dari Sumatera. Ia telah menjadi satu tren fesyen untuk masyarakat Melayu ketika itu.


Perubahan fesyen baju Melayu zaman kini

Katanya lagi, baju Melayu telah banyak berubah fesyen mengikut generasi sekarang. Jika kita semua perhatikan dan lihat kembali bahawasanya baju Melayu yang asli pada zaman dahulu besar, labuh dan samping yang mempunyai pelbagai jenis ikatan.

Bukan itu sahaja, apa yang anda boleh lihat pada zaman dahulu iaitu setanjak yang mempunyai pelbagai jenis bentuk mempunyai maksud tersendiri.



Beliau berkata, jika kita lihat sekarang anak-anak muda suka mengenakan baju Melayu yang ikut bentuk  badan agar muka kelihatan seksi dan juga macho.


Yang kelihatan tegap itu pelbagai sebenarnya. Kadangkala segelintir orang yang membawa fesyen ini kelihatan bagus tetapi sebenarnya agak keterlaluan.

Masa depan Baju Melayu

Saya telah lihat bahawa baju Melayu secara perlahan akan lupus kerana penonjolan baju ini telah tidak hebat.

Kita hanya mampu berharap agar rakyat Malaysia tidak kira kaum Cina, India, ataupun Melayu menjadikan pakaiaan ini sebuah tradisi yang boleh dibanggakan untuk semua masyarakat Malaysia.

Diharapkan kita semua menghargai segala warisan yang telah diberikan oleh nenek moyang kita agar ia kekal sampai bila-bila.

Comments

comments