Kita Balik Sama-Sama Untuk Kahwin Tapi Abang Dalam Keadaan Kaku – Luahan Sayu Tunang Adib

500

Lebih seminggu bertarung dengan kesakitan, anggota bomba , Muhammad Adib yang cedera teruk dipukul ketika insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 9.41 malam tadi di IJN.  Seluruh rakyat Malaysia turut merasa sedih dengan pemergian arwah yang dianggap sebagai hero negara.

Namun, lebih membuatkan netizen sedih ialah Allahyarham sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan cinta hatinya, Nurul Najihah pada Sabtu ini.

Nurul Najihah menerusi akaun Instagram miliknya malam tadi berkata, beliau dan Muhammad Adib sepatutnya pulang bersama-sama pada hari ini untuk melakukan persiapan perkahwinan mereka.

Luahan sayu tunang

Kad kahwin yang kini hanya tinggal kenangan


Sesiapa sahaja akan sedih apabila mengenangkan impian untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian. Namun, siapalah kita untuk melawan ketentuan takdir. Jodoh, ajal dan maut semuanya kuasa Allah SWT.  Semoga Nurul Najihah dikurniakan dengan ketabahan serta kesabaran dalam menempuh dugaan ini.

Comments

comments