KKM Akan Ambil Sampel Air Liur Untuk Ujian Saringan Covid-19

Sebelum ini, mana-mana individu yang ingin membuat ujian saringan Covid-19 akan membuat saringan dengan cara calitan di tekak dan hidung (nasopharyngeal dan oropharyngeal).

Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil sampel air liur dan kahak dalaman (deep throat saliva) di hospital sebelum diperkembangkan ke fasiliti kesihatan yang lain tidak lama lagi, lapor Harian Metro.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, persampelan ini lebih selamat berbanding dengan cara sebelum ini iaitu melalui calitan tekak dan hidung. Hal ini juga sekaligus mempercepatkan proses saringan ujian Covid-19.

Advertisement

“Kaedah ini juga bersifat ‘self-collected'(dikumpul sendiri) dan akan menjimatkan pemakaian penggunaan set perlindungan diri (PPE)”

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan penilaian bagi kaedah persampelan ini dan ianya sesuai bagi ujian RT-PCR Covid-19.

Kaedah ini juga telah digunakan di beberapa buah negara. Bukan itu sahaja, ianya juga tidak memerlukan kos yang tinggi untuk saringan ini.

Dr Adham Baba juga memberitahu yang IMR mendapati kaedah mengambil sampel air liur ini memberi keputusan sebanyak 100 peratus ketepatan dan 96.67 peratus sensitiviti.

Selepas ini, masyarakat sudah tidak perlu takut untuk buat swab test dengan calitan di hidung dan tekak kerana kaedah pengambilan smapel air liur bakal dimulakan tidak lama lagi.

Sumber 

 

Comments

comments