KKM Beri Amaran Risiko Guna Pinggan Mangkuk ‘Viral’ Bercorak

Pinggan mangkuk seramik yang bercorak aneka warna ini memang cantik untuk dihidangkan kepada tetamu atau dijadikan sebagai hiasan. Ia juga menjadi ‘kegilaan’ ramai kerana dijual dengan harga yang tidak terlalu mahal, bermula serendah RM0.50.

Namun ramai yang tidak tahu terdapat implikasi penggunaannya.

Menyedari tentang trend ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman Facebook rasminya telah mengeluarkan satu kenyataan amaran berhubung risiko penggunaan pinggan mangkuk tersebut.

KKM menyatakan penggunaan pinggan mangkuk bercorak itu adalah tidak selamat kerana terdapat bahan yang mengandungi plumbum (lead) yang digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik viral ini.

Menurut KKM, antara ciri-ciri pinggan mangkuk yang mungkin mengandungi plumbum termasuklah:

Advertisement
  • Pinggan yang dibuat secara tradisional dengan tanah liat.
  • Pinggan dengan corak yang dilukis dan menarik.
  • Permukaan pinggan yang tidak rata, anda dapat rasa corak yang dilukis dengan tangan.
  • Pengilang yang tidak diketahui (bukan dari jenama yang diketahui).
  • Pinggan dengan pelbagai bentuk.

Sebaliknya, pinggan yang selamat adalah yang berwarna putih tanpa corak dan corak pinggannya di bawah atau luar pinggan.

Kita harus memandang serius dengan nasihat dan kenyataan daripada pihak KKM ini. Kesihatan keluarga perlu diutamakan dan janganlah hanya mengikut trend dan keinginan semata-mata.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments