KKM Perlu Lebih Ramai Sukarelawan Kesihatan Untuk Bantu Tangani Penularan Covid-19

Sukarelawan Pandemik Covid-19

Susulan usaha menangani penularan COVID-19,Kementerian Kesihatan (KKM) meminta lebih ramai individu tampil menjadi sukarelawan kesihatan bagi menyumbang kepakaran dan tenaga.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tenaga sukarelawan terbabit sangat diperlukan ketika ini untuk meringankan beban petugas kesihatan KKM, susulan lonjakan kes dan kematian wabak itu.

Foto ihsan Twitter Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Pada masa ini, KKM memerlukan sukarelawan bagi tujuh jawatan, iaitu pegawai perubatan, pegawai pergigian, penolong pegawai perubatan, jururawat, pegawai kesihatan persekitaran, penolong pegawai kesihatan persekitaran dan juruteknologi makmal perubatan.

“KKM menyeru pembabitan sukarelawan kesihatan untuk membantu usaha menangani wabak COVID-19”

Ujar Dr Noor Hisham, tenaga sukarelawan ini amat diperlukan bagi meringankan beban dipikul petugas kesihatan kami di seluruh negara.

Advertisement

Seperti ditunjukkan dalam poster, beberapa syarat digariskan untuk menjadi sukarelawan kesihatan KKM, antara lain berusia antara 18 hingga 60 tahun, sihat dan cergas fizikal serta mental, dan tidak mengandung.

Gambar Hiasan

Comments